CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Tak Kuduga


‘Tak Kuduga’ merupakan sebuah novel terbitan Buku Prima, berharga RM 18.90 sebuah dan hasil nukilan Ramlah Rashid. Novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Siti Atilia. Kerana mengikut kata hati, Siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendapatkan pekerjaan di kota yang penuh mencabar itu. Pada hari yang dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung halamannya. Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Setelah berjam-jam menunggu akhirnya dia bertemu dengan Nayli. Nayli yang juga seorang ‘ibu ayam’ itu telah bermurah hati dan membawanya ke rumah. Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dengan tindakannya itu. Apakah yang terjadi kepada Siti Atilia? Dapatkah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?

Novel hasil nukilan Ramlah Rashid berkisahkan kisah remaja kini. Kebanyakan remaja kini, di bandar mahupun di kampung, semuanya mahu mencari kehidupan sendiri dengan alasan mahu mencari kerja dan kemewahan dan jika dilarang oleh kedua ibu bapa, akibatnya lari dari rumah. Penulis menerbitkan novel ini bertujuan memberi pengajaran dan akibat tentang perbuatan yang tidak direstui oleh ibu bapa. Masalah sosial semakin berleluasa kini, secara tidakmlangsung, penulis, penerbit mahupun pengarah filem menerbitkan buku-buku dan filem-filem bagi memberi pengajaran kepada masyarakat, khususnya para remaja. Contoh filem terbaru yang memberi pengajaran kepada remaja kini ialah 'anak' lakonan Era Fazira. Kerajaan amat mengalakkan dan menyokong usaha-usaha seperti ini. Bagi peminat novel yang ingin mengetahui jalan cerita dan mengetahui pengajaran yang terdapat dalam kisah novel ni, tunggu apa lagi, 'seranglah' kedai buku yang berhampiran.........

0 comments: