CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 27, 2008

Anugerah...

hai sekarang ni aku ngah pening pale, dah la ngan projek akhir, asingment belambak, tiba-tiba datang lagi satu masalah baru, iskh. Aku sekarang ngah berada dalam tahun akhir, insyaallah bulan 5 ni abes la aku blaja selama 3 tahun. dan dalam bulan 8 nanti aku bergraduat =p huh tak sabarnya =p 29 haribulan ni diner kolej aku akan di adakan di hotel eqtorial, bangi bagi semua pelajar sem akhir. Aku tak ketinggalan mengisi borang anugerah kolej..huhu..anugerah terdiri daripada pelbagai kategori iaitu anugerah pengetua, akademik, sukan, dan kokurikulum. Aku pilih anugerah....huhu rahsia eh =p selain tu jugak, aku ada isi borang anugerah naib canselor...huhu...anugerah ni lagi la banyak persingan, satu upm tu,haha...tapi aku isi jugak borang, dapat atau tak tu rezeki masing-masing...betul tak???tapi harapan aku agar aku dapat jugak merangkul satu anugerah =p senang nanti nak minta kerja kelak kalau ada anugerah ni =)

Kerja Amal Konon

Tak lama lagi pilihanraya umum akan tiba, aku diarahkan untuk menjaga meja pendaftaran pada hari kejadian,huhu kerja berat tu..aku buka ape, takut la ade orang pandang serong kat aku, yela aku masih pelajar lagi, dah pandai-pandai nak berpolitik. tapi sebenarnya aku disuruh oleh ketua puteri umno kawasan umah aku untuk menghadiri seminar komputer untuk pilihanraya, pada mulanya aku tak nak tapi bile ketua puteri tu cakap dah tak da owang yang tahu pasal IT ni aku pun ngan terpaksanya menghadiri seminar tu...huh..anak-anak muda kat sana semuanya malas-malas.iskh.sekarang aku duk fikir ape la yang akan terjadi pada hari tersebut, huhu...mesti owang-owang pembangkang setempat yang aku kenal selama ini akan jauhi diri ngn aku. dah la pertama kali aku nak mengundi ni.iskh. harap-harap ape yang aku fikir ni tak la terjadi nanti, dalam hati aku, aku hanya fikir yang aku wat keje amal kat kawasan umah aku jer, yela selama ni aku bukan ade ape-ape sumbangan pun kat kasawan umah aku, jadi aku amek peluang ni. Yang penting hati ni ikllas, betul tak? =p Insyaallah :) bagi yang mendaftar, jangan lupe mengundi tau, lakukan tanggungjawab anda sebagai seorang rakyat malaysia =) selamat mengundi =) undi adalah rahsia..... =p