CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 1, 2008

Tuesday, March 18, 2008

Hero Malaysia


Siapa tidak kenal dengan angkasawan pertama malaysia kita iaitu Dr. Sheikh Muzaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha yang dilahirkan pada 27 Julai 1972. Anak jati Kuala Lumpur ini ialah seorang doktor bedah Ortopedik dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Selain mengharumkan nama negara kita, beliau juga telah menunujukkan kejayaan remaja Malaysia. Pada hari 10 Oktober 2007 beliau telah berlepas ke angkasa dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Muszaphar menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Rusia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke bumi bersama-sama Ekspidisi 15, Fyodor Yurchikin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan. Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia. Beliau selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 dengan 6.44 petang waktu Malaysia. Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit telah membenarkan Muszaphar selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober, 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, di Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi. Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal. Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil masa 3 jam 23 minit. Alhamdullillah semuanya selamat. Kini Malaysia juga setanding dengan negara-negara maju yang lain!!!

Untungnya Dr. Sheikh Muzaphar Shukor (Dr. SMS) ni kan, dah la ada rupa, pandai, berlatarbelakangkan keluaraga yang kaya, pendek kata semuanya cukup. Beliau beruntung kerana terpilih sebagai wakil angkasawan Malaysia. Sifat dan karakter beliau harus di contohi oleh remaja Malaysia. Beliau boleh dijadikan sebagai idola kita semua. Mesti pengalaman ke angkasa tak akan dilupakan oleh beliau. Impian saya pula ialah mengelilingi dunia dengan berjalan kaki, mampukah saya lakukan??????Tunggu.............

Wednesday, March 12, 2008

Kesedapannya Hingga Menjilat Jari


APA istimewanya Tomyam sehinggakan orang Malaysia menggilainya? Hakikatnya, masakan dari negara jiran kita Thailand atau lumrah disebut masakan Siam itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita. Ia bermula sekitar lebih 10 tahun yang lalu apabila masyarakat di selatan Thailand atau orang Kelantan yang menetap di sekitar sempadan Siam mula mengorak langkah membawa budaya makan masakan Siam secara besar-besaran ke negara kita. Bermula dengan kewujudan gerai-gerai berkonsep masakan tersebut di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur, ia menular ke kawasan-kawasan luar bandar termasuk ke kampung-kampung kecil. Fenomena kewujudan tersebut berlaku umpama Cendawan Tumbuh Di Waktu Selepas Hujan. Uniknya, ia begitu pantas digemari oleh orang kita. Mungkin, faktor penerimaan itu dipengaruhi oleh kedekatan dan kesamaan perencah dan rasa masakan Siam itu sendiri pada lidah kita. Misalnya, jika masakan Siam banyak menggunakan limau purut dan serai masakan kita juga menggunakan ramuan yang serupa. Orang kita juga suka menikmati makanan yang berkuah seperti tomyam yang ringkas, pedas, manis, masam dan pelbagai lagi rasa yang serupa. Jadi tidak ada yang mampu menolak kehadiran masakan ini kerana ia dekat di hati kita. Mendalami lebih mendalam tentang masakan Thailand kita akan dapati ada perbezaan ciri-ciri masakan dari bahagian-bahagian berbeza sekitar negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis tomyam, ada yang menggunakan herba menjadikan kuahnya terasa seakan-akan berempah, ada juga yang menggunakan susu dan pes cili kering menjadikan kuahnya berlemak dan terasa pedas. Selain itu, hidangannya juga banyak yang pedas, masin, manis dan masam. Daging, ayam, ikan, sotong, udang dan ketam juga dimasak dengan pelbagai cara menjadikan rasanya sangat enak. Sementara itu masyarakat di Tengah Thailand yang tinggal di Bangkok dan Ayutthaya umpamanya, makanan tradisi yang mereka nikmati ialah seperti hidangan nasi yang dikukus, ikan dan sayur-sayuran sebagai sajian harian. Penggunaan bahan seperti bawang putih, lada hitam dan sos ikan antara bahan terpenting untuk memberi rasa kepada hidangannya. Malah di beberapa daerah Tengah Thailand juga amat popular dengan sajian berasaskan buah-buahan. Ini bertepatan dengan keistimewaan yang dimiliki oleh negara Thailand yang dapat menghasilkan buah-buahan yang manis dan berkualiti. Ini menjadikan buah-buahan turut dijadikan antara sajian enak yang dimasak dengan pelbagai resipi oleh penduduknya dan paling popular adalah mangga manis yang dimakan bersama pulut.

Aduhai, mengeliurnya tengok gambar tomyam kat atas ni kan, iskh-iskh, menggoda betul =p Bagi peminat tomyam boleh la membaca artikel yang saya perolehi ni. Anda akan tutut mengetahui asal usul tomyam. Tomyam bukan sahaja digilai oleh orang dewasa, remaja dan kanak-kanak juga turut menyukainya. Walaupun pedas, tetapi permintaannya sungguh menggalakkan. Hal ini menyebabkan banyak kedai tomyam tumbuh bagai cendawan di negara kita ini. Bagi saya, saya menyukai tomyam di The Ship, Rain Noodles, dan Naili's place. Walaupun harganya agak mahal daripada restoran biasa, namum kesedapannya hingga Menjilat Jari. Ai saya ni macam Maria Tunku Sabri plak,hehe =p

Belajar Hanya Untuk Lulus Peperiksaan


Menurut Pakar Pendidikan Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim, masalah semangat belajar suam-suam kuku berlaku kerana pelajar belajar hanya untuk lulus peperiksaan.
Oleh sebab pelajar hanya menekankan kelulusan dalam peperiksaan, mereka hanya belajar untuk lulus peperiksaan bukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Pelajar-pelajar tidak melihat kegunaan belajar. Apabila perkara ini ada dalam pemikiran, mereka akan belajar bila dekat dengan peperiksaan.Bagi mereka tidak ada gunanya belajar awal-awal, kerana mereka tetap akan memperoleh kelulusan. Oleh sebab itu sudah ditetapkan dalam pemikiran mereka belajar hanya setakat lulus dalam peperiksaan. Sepatutnya pelajar harus menyediakan diri bagi memasuki bidang-bidang yang dimahukan apabila keluar dari sekolah nanti.Prof. Dr. Suradi menegaskan bahawa setiap pelajar harus ada matlamat kerjaya supaya semasa di bangku sekolah dan universiti mereka dapat menyediakan diri dengan asas ilmu pengetahuan dan kemahiran. Jika pelajar tidak mempunyai matlamat, mereka hanya bersemangat pada bulan pertama persekolahan tetapi berkurangan selepas itu.Pelajar juga perlu mempunyai cita-cita dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi.Tanpa cita-cita pelajar tidak mempunyai idea untuk belajar. Dengan adanya matlamat mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa mereka kehendaki.Pelajar juga harus menilai diri dari semasa ke semasa dan menilai sejauh mana mereka telah berjaya. Setiap hari pelajar harus mengingati dan merenung sejauh mana kejayaan yang telah diperolehnya serta matlamat yang ingin dicapai agar tidak leka.

Artikel ini di sunting daripada majalah remaja keluaran 12 November 2007, saya berminat untuk berkongsi artikel ini kerana remaja atau pelajar zaman kini banyak yang mempunyai sifat belajar hanya untuk periksaan mereka sahaja. Sifat ini akan melahirkan individu yang tidak berkualiti. Hanya keputusan sahaja yang elok, tapi apabila di suruh membuat kerja, langsung tidak pandai. Pelajar harus menanamkan sifat jujur belajar dalam diri sejak azali lagi supaya memperolehi keputusan cemerlang kelak. Persaingan kini adalah sengit. Ini kerana banyak pelajar yang mempunyai keputusan yang sangat bagus kini sehinggakan ada pelajar yang memperoleh 21A dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM)yang telah diumumkan baru-baru ini. Usaha tangga kejayaan!!!!!

Model Terbaru Telefon Bimbit


Jika gemarkan peranti dengan pelbagai fungsi, N82 jawapannya. Ia bukan sahaja menawarkan fungsi telefon bimbit malah dilengkapi kamera 5 megapiksel, A-GPS, Xenon Flash, kanta Carl Zeiss dan penyambungan Internet untuk merakam serta berkongsi memori berharga bila-bila masa. Kebanyakkan cirinya sama seperti telefon bimbit siri-N Nokia lain namun berbanding N95, N82 lebih kompak. Terdapat lebih 15 juta tempat menarik yang boleh dinavigasi manakala panduan suara ditawarkan untuk percubaan namun boleh dibeli mengikut keperluan. Kameranya pula berupaya merakam pada keadaan cahaya rendah, mempunyai auto fokus, cahaya flash dan rakaman video kualiti DVD. Storan boleh dibuat pada kad microSD 2GB yang didatangkan standard bersama pakej jualan telefon ini. Tiada yang lebih mudah selain penyambungan WiFi kelajuan tinggi dan dengan sekali klik, anda sudah boleh memuat naik gambar ke laman komuniti pilihan. Ciri menarik lain pada N82 ialah serasi paparan TV, menu multimedia 3D, sokongan servis Internet Ovi dan banyak lagi.

Bukan main canggih lagi teknologi zaman kini, jika dibandingkan dengan zaman dulu, jauh lebih berbeza. Jika dahulu, telefon bimbit hanya digunakan oleh golongan elit dan saiz telefonnya pun amat besar, tetapi kini, pelajar sekolah rendah pun mampu menggunakannya da saiz sebesar tapak tangan pun ada. Hanya sediakan duit, maka boleh memperolehnya. Majunya dunia kini........

Keselamatan komputer Riba dan Komputer Kita


Kita pastinya tidak mahu kehilangan notebook/laptop yang kita miliki yang mahal harganya begitu sahaja akibat dicuri. Lebih merugikan jika notebook tersebut mengandungi data bernilai dan maklumat sulit yang tidak sepatutnya terdedah atau jatuh ke tangan orang lain. Semasa melayari internet/web, kita mungkin ‘terserempak’ dengan laman web/blog yang menarik. Lantas, kita ingin menyimpan/menjadikan alamatnya (URL) sebagai “bookmark”. Meskipun kebanyakan pelayar web masa kini menyediakan fungsi untuk menghimpun bookmark, namun sifatnya tidak begitu mudah alih. Malah, ia tidak dilengkapi ciri pelindung bookmark untuk menjaga ‘privasi’ kita. Bagaimanapun, masalah seperti ini boleh diatasi jika kita menggunakan pengurus bookmark mudah alih, seperti BixBookmark 2.0. Perisian percuma ini boleh mencipta, menyimpan, menyusun, dan menyelenggara koleksi bookmarks kita. Ia bukan sahaja menyokong pelayar web popular (seperti Internet Explorer, Maxthon, Opera, Mozilla, dan Firefox), malah dilengkapi beberapa ciri menarik. Bookmark kita boleh dihimpun dalam folder ditetapkan, atau disimpan (backup) dalam pemacu luaran untuk dikongsi, dibawa bergerak dan dikembalikan (restore). Selain mencegah duplikasi bookmark,kita boleh menambah catatan dan imej skrin pada setiap bookmark. Berikut adalah penjelasan secara ringkas mengenai fungsi dan panduan menggunakan perisian percuma ini.
* Langkah 1: Muat turun (download) perisian ini di tapak web pembangunnya dihttp://www.bixway.com/products/bookmark-manager/index.html. juga boleh menemui perisian percuma ini di tapak web lain atau boleh dicari dengan bantuan enjin carian. Failnya hanya bersaiz sekitar 1.16 MB dan serasi pelbagai versi Windows termasuk XP. Selepas failnya dimuat turun, tempatkan ia dalam sebuah folder khas. Ini untuk memudahkan tindakan yang selanjutnya.
* Langkah 2: Seterusnya, klik pada fail yang dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan. Semasa proses pemasangan (install) nanti, kita perlu menentukan lokasi untuk menempatkan direktori failnya. Hanya perlu mengikuti arahannya sehingga proses pemasangan tadi selesai dan berjaya. Selepas memasang, semak direktori tadi dan kita akan menemui fail berlabel bixbm.exe. Klik pada fail ini untuk mencipta folder “Bookmarks” dan sekali gus untuk mengaktifkan perisian ini.
* Langkah 3: Apabila perisian ini diaktifkan, ikonnya akan kelihatan di bahagian System Tray. Klik kanan pada ikon ini untuk melihat senarai pilihan yang disediakan seperti Bookmarks, Show Tray Icon, dan Options. Apabila pilihan Bookmarks diklik, sebuah tetingkap kecil yang mencadangkan kita mengimport bookmark dari folder Internet Explorer Favorites akan muncul. Klik butang OK, jika anda setuju untuk mengimportnya. Apabila prosesnya tamat, pemuka utama BixBookmark akan dipaparkan.
* Langkah 4: Rupa pemuka/tetingkap utama perisian ini boleh dikatakan ringkas, tetapi senang difahami fungsinya. Di sebelah atasnya, ada barisan menu File, Folders, Bookmarks, Tool, dan About. Manakala di bawah menu tadi, terdapat barisan butang fungsi untuk mengendalikan perisian ini. Ruang di bawahnya pula menayangkan direktori atau senarai folder untuk menempatkan bookmark. Jika kita membuka/mengklik mana-mana folder, bookmark di dalamnya akan kelihatan di ruang paling bawah.
* Langkah 5: Kita boleh mengklik setiap menu tadi, untuk melihat pilihan yang ada di bawahnya. Kita boleh mulakan dengan menu File. Menu ini menyenaraikan pilihan seperti Add New Collection, Open Collection, Import, Backup, dan Restore. Sementara itu, menu Folders menyediakan pilihan seperti Folder tree position, New folder, Rename, Delete dan Protect / Unprotect Folder. Jika perlu, kita boleh menambah, menukar nama, memadam, atau ‘melindungi’ folder dengan kata laluan.
* Langkah 6: Menu Bookmarks turut menawarkan beberapa pilihan, antaranya Edit, Delete, Open URL, Bookmark Properties, Columns, dan Sort. Menerusi pilihan Columns contohnya kita boleh menentukan lajur yang hendak ditayang pada ruang bookmark (ruang paling bawah). Menu Tools yang menyediakan pilihan Search, Data Control, dan Options juga penting. Contohnya, jika kita mengklik pilihan Options, perisian ini akan membuka tetingkap untuk membuat ketetapan lanjutannya.
* Langkah 7: Menerusi tetingkap Options, kita boleh membuat beberapa ketetapan. BixBookmark telah dilengkapi beberapa kategori ketetapan - dari Program Options hingga Proxy. Dalam kategori Program Options misalnya, kita boleh menetapkan BixBookmark diaktifkan sebaik sahaja Windows dimulakan. Manakala dalam kategori Bookmark List, kita boleh membuat ketetapan lain yang relevan seperti menayang cabang folder bookmark pada ruang yang disediakannya dan banyak lagi.
* Langkah 8: Kategori Bookmarks turut memiliki beberapa ketetapan yang menarik. Pilihan Auto-detect duplicates misalnya, boleh mengesan cubaan untuk memasukkan dua bookmark yang sama. Pilihan Monitor the Clipboard pula boleh mengutip alamat (URL) bookmark yang telah disalin (copy), dari pelbagai sumber. Menerusi kategori Password Protection pula, kita boleh menetapkan kata laluan untuk melindungi mana-mana folder bookmark. Jadi, orang lain tidak boleh mengaksesnya.
* Langkah 9: Ketetapan di bawah kategori Browsers pula berkaitan dengan pelayar web yang ‘disokong’ perisian ini. Kita boleh mengekalkan pelayar web yang sedia dipilih sebagai ketetapan asal atau menyenaraikan pelayar web lain. Jadi, kita boleh mencuba ketetapan lain yang tidak disentuh tadi. Misalnya, kita boleh mencipta versi mudah alih BixBookmark menerusi fungsi “Create Portable Version” dalam kategori Program Options.
* Langkah 10: Berdasarkan keterangan ringkas tadi, kita boleh menyimpan mana-mana bookmark yang dirasakan menarik ketika anda melayari internet. Setiap bookmark boleh dimuatkan ke dalam direktori atau folder tertentu, bagi memudahkan anda mengaksesnya semula. Jika kita menyediakan folder yang dikhususkan untuk menyimpan bookmarks “rahsia”, maka ia boleh dilindungi dengan kata laluan. Akhir sekali, kita boleh ‘memindahkan’ BixBookmark ke dalam storan mudah alih.

Keselamatan komputer kita adalah penting. Banyak duit yang diperlukan untuk membelinya dan aksesorinya. Jika hilang, huh mahu nangis dibuatnya. Apatah lagi jika maklumat sulit kita dicerobohi dan dicuri oleh orang yang tidak dikenali...huh mahu tak gila kita memikirkannnya..Kes-kes ceroh data, kehilangan komputer makin berleluasa. Sifat tidak baik ini disujai oleh orang yang tidak bermoral...Beli sendiri tak mahu, mencuri je tahu...Bagi sesiapa yang telah mengikut kesepuluh-kesepuluh langkah diatas, maka dia berada dalam keadaan yang selamat. Hapuskan jenayah mencuri!!!!!

Wednesday, March 5, 2008

Kempunan Hendak Jumpa Nenek

Baru suratkhabar semalam Harian Metro berita tentang budak koyak pipi, hari ini pulak 2 kanak-kanak meninggal dunia. Harian Metro, Rabu, 5 Mac 2008, dua beradik yang mahu ke rumah nenek mereka ditemui lemas dalam tali air, pagi semalam. Muhamad Ikmahakim Mahamud, 10, dikatakan cuba menyelamatkan adik bongsunya, Muhamad Nazrul , 7, yang tergelincir dan terkapai-kapai dalam tali air. Bagaimanapun dia turut terjatuh dan lemas. Kejadian berlaku di Marang. Dua beradik yang dalam perjalanan ke rumah nenek mereka di Kampung Tok Fakir, Merchang ditemui lemas dalam tali air. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Muhammad Ikmahakim Mahamud, 10, dan adiknya Muhamad Nazrul , 7, dipercayai tergelincir ke dalam air itu.

Innalillahhiwainnahirojiun....Hari-hari ada sahaja tentang kes-kes kanak, di manakah tanggungjawab ibu dan bapa???? Walaupun banyak kes dilaporkan, namun ibu dan bapa tidak ada rasa insaf untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik...Semoga roh dua beradik iaitu Muhamad Ikmahakim Mahamud, 10, dan adik bongsunya, Muhamad Nazrul , 7, dicucuri rahmat, Al-Fatihah..........