CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Keselamatan komputer Riba dan Komputer Kita


Kita pastinya tidak mahu kehilangan notebook/laptop yang kita miliki yang mahal harganya begitu sahaja akibat dicuri. Lebih merugikan jika notebook tersebut mengandungi data bernilai dan maklumat sulit yang tidak sepatutnya terdedah atau jatuh ke tangan orang lain. Semasa melayari internet/web, kita mungkin ‘terserempak’ dengan laman web/blog yang menarik. Lantas, kita ingin menyimpan/menjadikan alamatnya (URL) sebagai “bookmark”. Meskipun kebanyakan pelayar web masa kini menyediakan fungsi untuk menghimpun bookmark, namun sifatnya tidak begitu mudah alih. Malah, ia tidak dilengkapi ciri pelindung bookmark untuk menjaga ‘privasi’ kita. Bagaimanapun, masalah seperti ini boleh diatasi jika kita menggunakan pengurus bookmark mudah alih, seperti BixBookmark 2.0. Perisian percuma ini boleh mencipta, menyimpan, menyusun, dan menyelenggara koleksi bookmarks kita. Ia bukan sahaja menyokong pelayar web popular (seperti Internet Explorer, Maxthon, Opera, Mozilla, dan Firefox), malah dilengkapi beberapa ciri menarik. Bookmark kita boleh dihimpun dalam folder ditetapkan, atau disimpan (backup) dalam pemacu luaran untuk dikongsi, dibawa bergerak dan dikembalikan (restore). Selain mencegah duplikasi bookmark,kita boleh menambah catatan dan imej skrin pada setiap bookmark. Berikut adalah penjelasan secara ringkas mengenai fungsi dan panduan menggunakan perisian percuma ini.
* Langkah 1: Muat turun (download) perisian ini di tapak web pembangunnya dihttp://www.bixway.com/products/bookmark-manager/index.html. juga boleh menemui perisian percuma ini di tapak web lain atau boleh dicari dengan bantuan enjin carian. Failnya hanya bersaiz sekitar 1.16 MB dan serasi pelbagai versi Windows termasuk XP. Selepas failnya dimuat turun, tempatkan ia dalam sebuah folder khas. Ini untuk memudahkan tindakan yang selanjutnya.
* Langkah 2: Seterusnya, klik pada fail yang dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan. Semasa proses pemasangan (install) nanti, kita perlu menentukan lokasi untuk menempatkan direktori failnya. Hanya perlu mengikuti arahannya sehingga proses pemasangan tadi selesai dan berjaya. Selepas memasang, semak direktori tadi dan kita akan menemui fail berlabel bixbm.exe. Klik pada fail ini untuk mencipta folder “Bookmarks” dan sekali gus untuk mengaktifkan perisian ini.
* Langkah 3: Apabila perisian ini diaktifkan, ikonnya akan kelihatan di bahagian System Tray. Klik kanan pada ikon ini untuk melihat senarai pilihan yang disediakan seperti Bookmarks, Show Tray Icon, dan Options. Apabila pilihan Bookmarks diklik, sebuah tetingkap kecil yang mencadangkan kita mengimport bookmark dari folder Internet Explorer Favorites akan muncul. Klik butang OK, jika anda setuju untuk mengimportnya. Apabila prosesnya tamat, pemuka utama BixBookmark akan dipaparkan.
* Langkah 4: Rupa pemuka/tetingkap utama perisian ini boleh dikatakan ringkas, tetapi senang difahami fungsinya. Di sebelah atasnya, ada barisan menu File, Folders, Bookmarks, Tool, dan About. Manakala di bawah menu tadi, terdapat barisan butang fungsi untuk mengendalikan perisian ini. Ruang di bawahnya pula menayangkan direktori atau senarai folder untuk menempatkan bookmark. Jika kita membuka/mengklik mana-mana folder, bookmark di dalamnya akan kelihatan di ruang paling bawah.
* Langkah 5: Kita boleh mengklik setiap menu tadi, untuk melihat pilihan yang ada di bawahnya. Kita boleh mulakan dengan menu File. Menu ini menyenaraikan pilihan seperti Add New Collection, Open Collection, Import, Backup, dan Restore. Sementara itu, menu Folders menyediakan pilihan seperti Folder tree position, New folder, Rename, Delete dan Protect / Unprotect Folder. Jika perlu, kita boleh menambah, menukar nama, memadam, atau ‘melindungi’ folder dengan kata laluan.
* Langkah 6: Menu Bookmarks turut menawarkan beberapa pilihan, antaranya Edit, Delete, Open URL, Bookmark Properties, Columns, dan Sort. Menerusi pilihan Columns contohnya kita boleh menentukan lajur yang hendak ditayang pada ruang bookmark (ruang paling bawah). Menu Tools yang menyediakan pilihan Search, Data Control, dan Options juga penting. Contohnya, jika kita mengklik pilihan Options, perisian ini akan membuka tetingkap untuk membuat ketetapan lanjutannya.
* Langkah 7: Menerusi tetingkap Options, kita boleh membuat beberapa ketetapan. BixBookmark telah dilengkapi beberapa kategori ketetapan - dari Program Options hingga Proxy. Dalam kategori Program Options misalnya, kita boleh menetapkan BixBookmark diaktifkan sebaik sahaja Windows dimulakan. Manakala dalam kategori Bookmark List, kita boleh membuat ketetapan lain yang relevan seperti menayang cabang folder bookmark pada ruang yang disediakannya dan banyak lagi.
* Langkah 8: Kategori Bookmarks turut memiliki beberapa ketetapan yang menarik. Pilihan Auto-detect duplicates misalnya, boleh mengesan cubaan untuk memasukkan dua bookmark yang sama. Pilihan Monitor the Clipboard pula boleh mengutip alamat (URL) bookmark yang telah disalin (copy), dari pelbagai sumber. Menerusi kategori Password Protection pula, kita boleh menetapkan kata laluan untuk melindungi mana-mana folder bookmark. Jadi, orang lain tidak boleh mengaksesnya.
* Langkah 9: Ketetapan di bawah kategori Browsers pula berkaitan dengan pelayar web yang ‘disokong’ perisian ini. Kita boleh mengekalkan pelayar web yang sedia dipilih sebagai ketetapan asal atau menyenaraikan pelayar web lain. Jadi, kita boleh mencuba ketetapan lain yang tidak disentuh tadi. Misalnya, kita boleh mencipta versi mudah alih BixBookmark menerusi fungsi “Create Portable Version” dalam kategori Program Options.
* Langkah 10: Berdasarkan keterangan ringkas tadi, kita boleh menyimpan mana-mana bookmark yang dirasakan menarik ketika anda melayari internet. Setiap bookmark boleh dimuatkan ke dalam direktori atau folder tertentu, bagi memudahkan anda mengaksesnya semula. Jika kita menyediakan folder yang dikhususkan untuk menyimpan bookmarks “rahsia”, maka ia boleh dilindungi dengan kata laluan. Akhir sekali, kita boleh ‘memindahkan’ BixBookmark ke dalam storan mudah alih.

Keselamatan komputer kita adalah penting. Banyak duit yang diperlukan untuk membelinya dan aksesorinya. Jika hilang, huh mahu nangis dibuatnya. Apatah lagi jika maklumat sulit kita dicerobohi dan dicuri oleh orang yang tidak dikenali...huh mahu tak gila kita memikirkannnya..Kes-kes ceroh data, kehilangan komputer makin berleluasa. Sifat tidak baik ini disujai oleh orang yang tidak bermoral...Beli sendiri tak mahu, mencuri je tahu...Bagi sesiapa yang telah mengikut kesepuluh-kesepuluh langkah diatas, maka dia berada dalam keadaan yang selamat. Hapuskan jenayah mencuri!!!!!

0 comments: