CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Belajar Hanya Untuk Lulus Peperiksaan


Menurut Pakar Pendidikan Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim, masalah semangat belajar suam-suam kuku berlaku kerana pelajar belajar hanya untuk lulus peperiksaan.
Oleh sebab pelajar hanya menekankan kelulusan dalam peperiksaan, mereka hanya belajar untuk lulus peperiksaan bukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Pelajar-pelajar tidak melihat kegunaan belajar. Apabila perkara ini ada dalam pemikiran, mereka akan belajar bila dekat dengan peperiksaan.Bagi mereka tidak ada gunanya belajar awal-awal, kerana mereka tetap akan memperoleh kelulusan. Oleh sebab itu sudah ditetapkan dalam pemikiran mereka belajar hanya setakat lulus dalam peperiksaan. Sepatutnya pelajar harus menyediakan diri bagi memasuki bidang-bidang yang dimahukan apabila keluar dari sekolah nanti.Prof. Dr. Suradi menegaskan bahawa setiap pelajar harus ada matlamat kerjaya supaya semasa di bangku sekolah dan universiti mereka dapat menyediakan diri dengan asas ilmu pengetahuan dan kemahiran. Jika pelajar tidak mempunyai matlamat, mereka hanya bersemangat pada bulan pertama persekolahan tetapi berkurangan selepas itu.Pelajar juga perlu mempunyai cita-cita dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi.Tanpa cita-cita pelajar tidak mempunyai idea untuk belajar. Dengan adanya matlamat mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa mereka kehendaki.Pelajar juga harus menilai diri dari semasa ke semasa dan menilai sejauh mana mereka telah berjaya. Setiap hari pelajar harus mengingati dan merenung sejauh mana kejayaan yang telah diperolehnya serta matlamat yang ingin dicapai agar tidak leka.

Artikel ini di sunting daripada majalah remaja keluaran 12 November 2007, saya berminat untuk berkongsi artikel ini kerana remaja atau pelajar zaman kini banyak yang mempunyai sifat belajar hanya untuk periksaan mereka sahaja. Sifat ini akan melahirkan individu yang tidak berkualiti. Hanya keputusan sahaja yang elok, tapi apabila di suruh membuat kerja, langsung tidak pandai. Pelajar harus menanamkan sifat jujur belajar dalam diri sejak azali lagi supaya memperolehi keputusan cemerlang kelak. Persaingan kini adalah sengit. Ini kerana banyak pelajar yang mempunyai keputusan yang sangat bagus kini sehinggakan ada pelajar yang memperoleh 21A dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM)yang telah diumumkan baru-baru ini. Usaha tangga kejayaan!!!!!

0 comments: