CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Kesedapannya Hingga Menjilat Jari


APA istimewanya Tomyam sehinggakan orang Malaysia menggilainya? Hakikatnya, masakan dari negara jiran kita Thailand atau lumrah disebut masakan Siam itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita. Ia bermula sekitar lebih 10 tahun yang lalu apabila masyarakat di selatan Thailand atau orang Kelantan yang menetap di sekitar sempadan Siam mula mengorak langkah membawa budaya makan masakan Siam secara besar-besaran ke negara kita. Bermula dengan kewujudan gerai-gerai berkonsep masakan tersebut di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur, ia menular ke kawasan-kawasan luar bandar termasuk ke kampung-kampung kecil. Fenomena kewujudan tersebut berlaku umpama Cendawan Tumbuh Di Waktu Selepas Hujan. Uniknya, ia begitu pantas digemari oleh orang kita. Mungkin, faktor penerimaan itu dipengaruhi oleh kedekatan dan kesamaan perencah dan rasa masakan Siam itu sendiri pada lidah kita. Misalnya, jika masakan Siam banyak menggunakan limau purut dan serai masakan kita juga menggunakan ramuan yang serupa. Orang kita juga suka menikmati makanan yang berkuah seperti tomyam yang ringkas, pedas, manis, masam dan pelbagai lagi rasa yang serupa. Jadi tidak ada yang mampu menolak kehadiran masakan ini kerana ia dekat di hati kita. Mendalami lebih mendalam tentang masakan Thailand kita akan dapati ada perbezaan ciri-ciri masakan dari bahagian-bahagian berbeza sekitar negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis tomyam, ada yang menggunakan herba menjadikan kuahnya terasa seakan-akan berempah, ada juga yang menggunakan susu dan pes cili kering menjadikan kuahnya berlemak dan terasa pedas. Selain itu, hidangannya juga banyak yang pedas, masin, manis dan masam. Daging, ayam, ikan, sotong, udang dan ketam juga dimasak dengan pelbagai cara menjadikan rasanya sangat enak. Sementara itu masyarakat di Tengah Thailand yang tinggal di Bangkok dan Ayutthaya umpamanya, makanan tradisi yang mereka nikmati ialah seperti hidangan nasi yang dikukus, ikan dan sayur-sayuran sebagai sajian harian. Penggunaan bahan seperti bawang putih, lada hitam dan sos ikan antara bahan terpenting untuk memberi rasa kepada hidangannya. Malah di beberapa daerah Tengah Thailand juga amat popular dengan sajian berasaskan buah-buahan. Ini bertepatan dengan keistimewaan yang dimiliki oleh negara Thailand yang dapat menghasilkan buah-buahan yang manis dan berkualiti. Ini menjadikan buah-buahan turut dijadikan antara sajian enak yang dimasak dengan pelbagai resipi oleh penduduknya dan paling popular adalah mangga manis yang dimakan bersama pulut.

Aduhai, mengeliurnya tengok gambar tomyam kat atas ni kan, iskh-iskh, menggoda betul =p Bagi peminat tomyam boleh la membaca artikel yang saya perolehi ni. Anda akan tutut mengetahui asal usul tomyam. Tomyam bukan sahaja digilai oleh orang dewasa, remaja dan kanak-kanak juga turut menyukainya. Walaupun pedas, tetapi permintaannya sungguh menggalakkan. Hal ini menyebabkan banyak kedai tomyam tumbuh bagai cendawan di negara kita ini. Bagi saya, saya menyukai tomyam di The Ship, Rain Noodles, dan Naili's place. Walaupun harganya agak mahal daripada restoran biasa, namum kesedapannya hingga Menjilat Jari. Ai saya ni macam Maria Tunku Sabri plak,hehe =p

0 comments: