CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Model Terbaru Telefon Bimbit


Jika gemarkan peranti dengan pelbagai fungsi, N82 jawapannya. Ia bukan sahaja menawarkan fungsi telefon bimbit malah dilengkapi kamera 5 megapiksel, A-GPS, Xenon Flash, kanta Carl Zeiss dan penyambungan Internet untuk merakam serta berkongsi memori berharga bila-bila masa. Kebanyakkan cirinya sama seperti telefon bimbit siri-N Nokia lain namun berbanding N95, N82 lebih kompak. Terdapat lebih 15 juta tempat menarik yang boleh dinavigasi manakala panduan suara ditawarkan untuk percubaan namun boleh dibeli mengikut keperluan. Kameranya pula berupaya merakam pada keadaan cahaya rendah, mempunyai auto fokus, cahaya flash dan rakaman video kualiti DVD. Storan boleh dibuat pada kad microSD 2GB yang didatangkan standard bersama pakej jualan telefon ini. Tiada yang lebih mudah selain penyambungan WiFi kelajuan tinggi dan dengan sekali klik, anda sudah boleh memuat naik gambar ke laman komuniti pilihan. Ciri menarik lain pada N82 ialah serasi paparan TV, menu multimedia 3D, sokongan servis Internet Ovi dan banyak lagi.

Bukan main canggih lagi teknologi zaman kini, jika dibandingkan dengan zaman dulu, jauh lebih berbeza. Jika dahulu, telefon bimbit hanya digunakan oleh golongan elit dan saiz telefonnya pun amat besar, tetapi kini, pelajar sekolah rendah pun mampu menggunakannya da saiz sebesar tapak tangan pun ada. Hanya sediakan duit, maka boleh memperolehnya. Majunya dunia kini........

0 comments: