CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 5, 2008

Lelaki Maut digilis Kereta Api

Dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4 Mac 2008, Selasa terdapat satu lagi berita yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan semua. Bertempat di Kuantan, seorang lelaki maut digilis kereta api penumpang ketika dipercayai cuba melintas landasan di Kilometer 111.75, Karak, dekat bentong, pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam itu, Yong Shun Fui, 23, dari Machap Umboo, Melaka ditemui dalam keadaan mengerikan selepas pemandu kereta api memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit berhampiran tempat kejadian. Polis turut menemui sebuah motosikal milik mangsa tersadai di tepi landasan itu sebelum abang mangsa berusia 30-an membuat pengecaman terhadap mayat mangsa.

Kejadian kemalangan digilis kereta api makin meningkat sekarang. Ada yang digilis sebab mencuri rel kereta api, tidur di bawah jambatan tepi landasan kereta api dan kes digilis akibat melintas landasan adalah yang paling banyak. Ini kerana mereka tidak mahu mengikut jalan jauh, mereka sanggup memotong dawai pagar semata-mata mahu megikut jalan pitas walaupun mereka membahayakan diri mereka. Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terpaksa mengalami kerugian dengan membaik pulih pagar yang telah potong namun setelah diperbaiki, mereka masih memotong dawai pagar tersebut. Mereka tidak serik walaupun banyak nyawa yang telah melayang. Bagi saya baik ikut jalan jauh, asalkan selamat, tapi tak tahu la anda bagaimana.......????

0 comments: