CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 18, 2008

Hero Malaysia


Siapa tidak kenal dengan angkasawan pertama malaysia kita iaitu Dr. Sheikh Muzaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha yang dilahirkan pada 27 Julai 1972. Anak jati Kuala Lumpur ini ialah seorang doktor bedah Ortopedik dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Selain mengharumkan nama negara kita, beliau juga telah menunujukkan kejayaan remaja Malaysia. Pada hari 10 Oktober 2007 beliau telah berlepas ke angkasa dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Muszaphar menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Rusia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke bumi bersama-sama Ekspidisi 15, Fyodor Yurchikin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan. Misi selama 11 hari ini telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia. Beliau selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 dengan 6.44 petang waktu Malaysia. Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit telah membenarkan Muszaphar selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober, 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, di Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi. Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal. Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil masa 3 jam 23 minit. Alhamdullillah semuanya selamat. Kini Malaysia juga setanding dengan negara-negara maju yang lain!!!

Untungnya Dr. Sheikh Muzaphar Shukor (Dr. SMS) ni kan, dah la ada rupa, pandai, berlatarbelakangkan keluaraga yang kaya, pendek kata semuanya cukup. Beliau beruntung kerana terpilih sebagai wakil angkasawan Malaysia. Sifat dan karakter beliau harus di contohi oleh remaja Malaysia. Beliau boleh dijadikan sebagai idola kita semua. Mesti pengalaman ke angkasa tak akan dilupakan oleh beliau. Impian saya pula ialah mengelilingi dunia dengan berjalan kaki, mampukah saya lakukan??????Tunggu.............

Wednesday, March 12, 2008

Kesedapannya Hingga Menjilat Jari


APA istimewanya Tomyam sehinggakan orang Malaysia menggilainya? Hakikatnya, masakan dari negara jiran kita Thailand atau lumrah disebut masakan Siam itu sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kita. Ia bermula sekitar lebih 10 tahun yang lalu apabila masyarakat di selatan Thailand atau orang Kelantan yang menetap di sekitar sempadan Siam mula mengorak langkah membawa budaya makan masakan Siam secara besar-besaran ke negara kita. Bermula dengan kewujudan gerai-gerai berkonsep masakan tersebut di bandar-bandar besar termasuk Kuala Lumpur, ia menular ke kawasan-kawasan luar bandar termasuk ke kampung-kampung kecil. Fenomena kewujudan tersebut berlaku umpama Cendawan Tumbuh Di Waktu Selepas Hujan. Uniknya, ia begitu pantas digemari oleh orang kita. Mungkin, faktor penerimaan itu dipengaruhi oleh kedekatan dan kesamaan perencah dan rasa masakan Siam itu sendiri pada lidah kita. Misalnya, jika masakan Siam banyak menggunakan limau purut dan serai masakan kita juga menggunakan ramuan yang serupa. Orang kita juga suka menikmati makanan yang berkuah seperti tomyam yang ringkas, pedas, manis, masam dan pelbagai lagi rasa yang serupa. Jadi tidak ada yang mampu menolak kehadiran masakan ini kerana ia dekat di hati kita. Mendalami lebih mendalam tentang masakan Thailand kita akan dapati ada perbezaan ciri-ciri masakan dari bahagian-bahagian berbeza sekitar negara tersebut. Terdapat pelbagai jenis tomyam, ada yang menggunakan herba menjadikan kuahnya terasa seakan-akan berempah, ada juga yang menggunakan susu dan pes cili kering menjadikan kuahnya berlemak dan terasa pedas. Selain itu, hidangannya juga banyak yang pedas, masin, manis dan masam. Daging, ayam, ikan, sotong, udang dan ketam juga dimasak dengan pelbagai cara menjadikan rasanya sangat enak. Sementara itu masyarakat di Tengah Thailand yang tinggal di Bangkok dan Ayutthaya umpamanya, makanan tradisi yang mereka nikmati ialah seperti hidangan nasi yang dikukus, ikan dan sayur-sayuran sebagai sajian harian. Penggunaan bahan seperti bawang putih, lada hitam dan sos ikan antara bahan terpenting untuk memberi rasa kepada hidangannya. Malah di beberapa daerah Tengah Thailand juga amat popular dengan sajian berasaskan buah-buahan. Ini bertepatan dengan keistimewaan yang dimiliki oleh negara Thailand yang dapat menghasilkan buah-buahan yang manis dan berkualiti. Ini menjadikan buah-buahan turut dijadikan antara sajian enak yang dimasak dengan pelbagai resipi oleh penduduknya dan paling popular adalah mangga manis yang dimakan bersama pulut.

Aduhai, mengeliurnya tengok gambar tomyam kat atas ni kan, iskh-iskh, menggoda betul =p Bagi peminat tomyam boleh la membaca artikel yang saya perolehi ni. Anda akan tutut mengetahui asal usul tomyam. Tomyam bukan sahaja digilai oleh orang dewasa, remaja dan kanak-kanak juga turut menyukainya. Walaupun pedas, tetapi permintaannya sungguh menggalakkan. Hal ini menyebabkan banyak kedai tomyam tumbuh bagai cendawan di negara kita ini. Bagi saya, saya menyukai tomyam di The Ship, Rain Noodles, dan Naili's place. Walaupun harganya agak mahal daripada restoran biasa, namum kesedapannya hingga Menjilat Jari. Ai saya ni macam Maria Tunku Sabri plak,hehe =p

Belajar Hanya Untuk Lulus Peperiksaan


Menurut Pakar Pendidikan Psikologi dan Kaunseling di Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim, masalah semangat belajar suam-suam kuku berlaku kerana pelajar belajar hanya untuk lulus peperiksaan.
Oleh sebab pelajar hanya menekankan kelulusan dalam peperiksaan, mereka hanya belajar untuk lulus peperiksaan bukan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Pelajar-pelajar tidak melihat kegunaan belajar. Apabila perkara ini ada dalam pemikiran, mereka akan belajar bila dekat dengan peperiksaan.Bagi mereka tidak ada gunanya belajar awal-awal, kerana mereka tetap akan memperoleh kelulusan. Oleh sebab itu sudah ditetapkan dalam pemikiran mereka belajar hanya setakat lulus dalam peperiksaan. Sepatutnya pelajar harus menyediakan diri bagi memasuki bidang-bidang yang dimahukan apabila keluar dari sekolah nanti.Prof. Dr. Suradi menegaskan bahawa setiap pelajar harus ada matlamat kerjaya supaya semasa di bangku sekolah dan universiti mereka dapat menyediakan diri dengan asas ilmu pengetahuan dan kemahiran. Jika pelajar tidak mempunyai matlamat, mereka hanya bersemangat pada bulan pertama persekolahan tetapi berkurangan selepas itu.Pelajar juga perlu mempunyai cita-cita dan bidang kerjaya yang hendak mereka ceburi.Tanpa cita-cita pelajar tidak mempunyai idea untuk belajar. Dengan adanya matlamat mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa mereka kehendaki.Pelajar juga harus menilai diri dari semasa ke semasa dan menilai sejauh mana mereka telah berjaya. Setiap hari pelajar harus mengingati dan merenung sejauh mana kejayaan yang telah diperolehnya serta matlamat yang ingin dicapai agar tidak leka.

Artikel ini di sunting daripada majalah remaja keluaran 12 November 2007, saya berminat untuk berkongsi artikel ini kerana remaja atau pelajar zaman kini banyak yang mempunyai sifat belajar hanya untuk periksaan mereka sahaja. Sifat ini akan melahirkan individu yang tidak berkualiti. Hanya keputusan sahaja yang elok, tapi apabila di suruh membuat kerja, langsung tidak pandai. Pelajar harus menanamkan sifat jujur belajar dalam diri sejak azali lagi supaya memperolehi keputusan cemerlang kelak. Persaingan kini adalah sengit. Ini kerana banyak pelajar yang mempunyai keputusan yang sangat bagus kini sehinggakan ada pelajar yang memperoleh 21A dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM)yang telah diumumkan baru-baru ini. Usaha tangga kejayaan!!!!!

Model Terbaru Telefon Bimbit


Jika gemarkan peranti dengan pelbagai fungsi, N82 jawapannya. Ia bukan sahaja menawarkan fungsi telefon bimbit malah dilengkapi kamera 5 megapiksel, A-GPS, Xenon Flash, kanta Carl Zeiss dan penyambungan Internet untuk merakam serta berkongsi memori berharga bila-bila masa. Kebanyakkan cirinya sama seperti telefon bimbit siri-N Nokia lain namun berbanding N95, N82 lebih kompak. Terdapat lebih 15 juta tempat menarik yang boleh dinavigasi manakala panduan suara ditawarkan untuk percubaan namun boleh dibeli mengikut keperluan. Kameranya pula berupaya merakam pada keadaan cahaya rendah, mempunyai auto fokus, cahaya flash dan rakaman video kualiti DVD. Storan boleh dibuat pada kad microSD 2GB yang didatangkan standard bersama pakej jualan telefon ini. Tiada yang lebih mudah selain penyambungan WiFi kelajuan tinggi dan dengan sekali klik, anda sudah boleh memuat naik gambar ke laman komuniti pilihan. Ciri menarik lain pada N82 ialah serasi paparan TV, menu multimedia 3D, sokongan servis Internet Ovi dan banyak lagi.

Bukan main canggih lagi teknologi zaman kini, jika dibandingkan dengan zaman dulu, jauh lebih berbeza. Jika dahulu, telefon bimbit hanya digunakan oleh golongan elit dan saiz telefonnya pun amat besar, tetapi kini, pelajar sekolah rendah pun mampu menggunakannya da saiz sebesar tapak tangan pun ada. Hanya sediakan duit, maka boleh memperolehnya. Majunya dunia kini........

Keselamatan komputer Riba dan Komputer Kita


Kita pastinya tidak mahu kehilangan notebook/laptop yang kita miliki yang mahal harganya begitu sahaja akibat dicuri. Lebih merugikan jika notebook tersebut mengandungi data bernilai dan maklumat sulit yang tidak sepatutnya terdedah atau jatuh ke tangan orang lain. Semasa melayari internet/web, kita mungkin ‘terserempak’ dengan laman web/blog yang menarik. Lantas, kita ingin menyimpan/menjadikan alamatnya (URL) sebagai “bookmark”. Meskipun kebanyakan pelayar web masa kini menyediakan fungsi untuk menghimpun bookmark, namun sifatnya tidak begitu mudah alih. Malah, ia tidak dilengkapi ciri pelindung bookmark untuk menjaga ‘privasi’ kita. Bagaimanapun, masalah seperti ini boleh diatasi jika kita menggunakan pengurus bookmark mudah alih, seperti BixBookmark 2.0. Perisian percuma ini boleh mencipta, menyimpan, menyusun, dan menyelenggara koleksi bookmarks kita. Ia bukan sahaja menyokong pelayar web popular (seperti Internet Explorer, Maxthon, Opera, Mozilla, dan Firefox), malah dilengkapi beberapa ciri menarik. Bookmark kita boleh dihimpun dalam folder ditetapkan, atau disimpan (backup) dalam pemacu luaran untuk dikongsi, dibawa bergerak dan dikembalikan (restore). Selain mencegah duplikasi bookmark,kita boleh menambah catatan dan imej skrin pada setiap bookmark. Berikut adalah penjelasan secara ringkas mengenai fungsi dan panduan menggunakan perisian percuma ini.
* Langkah 1: Muat turun (download) perisian ini di tapak web pembangunnya dihttp://www.bixway.com/products/bookmark-manager/index.html. juga boleh menemui perisian percuma ini di tapak web lain atau boleh dicari dengan bantuan enjin carian. Failnya hanya bersaiz sekitar 1.16 MB dan serasi pelbagai versi Windows termasuk XP. Selepas failnya dimuat turun, tempatkan ia dalam sebuah folder khas. Ini untuk memudahkan tindakan yang selanjutnya.
* Langkah 2: Seterusnya, klik pada fail yang dimuat turun tadi untuk memulakan pemasangan. Semasa proses pemasangan (install) nanti, kita perlu menentukan lokasi untuk menempatkan direktori failnya. Hanya perlu mengikuti arahannya sehingga proses pemasangan tadi selesai dan berjaya. Selepas memasang, semak direktori tadi dan kita akan menemui fail berlabel bixbm.exe. Klik pada fail ini untuk mencipta folder “Bookmarks” dan sekali gus untuk mengaktifkan perisian ini.
* Langkah 3: Apabila perisian ini diaktifkan, ikonnya akan kelihatan di bahagian System Tray. Klik kanan pada ikon ini untuk melihat senarai pilihan yang disediakan seperti Bookmarks, Show Tray Icon, dan Options. Apabila pilihan Bookmarks diklik, sebuah tetingkap kecil yang mencadangkan kita mengimport bookmark dari folder Internet Explorer Favorites akan muncul. Klik butang OK, jika anda setuju untuk mengimportnya. Apabila prosesnya tamat, pemuka utama BixBookmark akan dipaparkan.
* Langkah 4: Rupa pemuka/tetingkap utama perisian ini boleh dikatakan ringkas, tetapi senang difahami fungsinya. Di sebelah atasnya, ada barisan menu File, Folders, Bookmarks, Tool, dan About. Manakala di bawah menu tadi, terdapat barisan butang fungsi untuk mengendalikan perisian ini. Ruang di bawahnya pula menayangkan direktori atau senarai folder untuk menempatkan bookmark. Jika kita membuka/mengklik mana-mana folder, bookmark di dalamnya akan kelihatan di ruang paling bawah.
* Langkah 5: Kita boleh mengklik setiap menu tadi, untuk melihat pilihan yang ada di bawahnya. Kita boleh mulakan dengan menu File. Menu ini menyenaraikan pilihan seperti Add New Collection, Open Collection, Import, Backup, dan Restore. Sementara itu, menu Folders menyediakan pilihan seperti Folder tree position, New folder, Rename, Delete dan Protect / Unprotect Folder. Jika perlu, kita boleh menambah, menukar nama, memadam, atau ‘melindungi’ folder dengan kata laluan.
* Langkah 6: Menu Bookmarks turut menawarkan beberapa pilihan, antaranya Edit, Delete, Open URL, Bookmark Properties, Columns, dan Sort. Menerusi pilihan Columns contohnya kita boleh menentukan lajur yang hendak ditayang pada ruang bookmark (ruang paling bawah). Menu Tools yang menyediakan pilihan Search, Data Control, dan Options juga penting. Contohnya, jika kita mengklik pilihan Options, perisian ini akan membuka tetingkap untuk membuat ketetapan lanjutannya.
* Langkah 7: Menerusi tetingkap Options, kita boleh membuat beberapa ketetapan. BixBookmark telah dilengkapi beberapa kategori ketetapan - dari Program Options hingga Proxy. Dalam kategori Program Options misalnya, kita boleh menetapkan BixBookmark diaktifkan sebaik sahaja Windows dimulakan. Manakala dalam kategori Bookmark List, kita boleh membuat ketetapan lain yang relevan seperti menayang cabang folder bookmark pada ruang yang disediakannya dan banyak lagi.
* Langkah 8: Kategori Bookmarks turut memiliki beberapa ketetapan yang menarik. Pilihan Auto-detect duplicates misalnya, boleh mengesan cubaan untuk memasukkan dua bookmark yang sama. Pilihan Monitor the Clipboard pula boleh mengutip alamat (URL) bookmark yang telah disalin (copy), dari pelbagai sumber. Menerusi kategori Password Protection pula, kita boleh menetapkan kata laluan untuk melindungi mana-mana folder bookmark. Jadi, orang lain tidak boleh mengaksesnya.
* Langkah 9: Ketetapan di bawah kategori Browsers pula berkaitan dengan pelayar web yang ‘disokong’ perisian ini. Kita boleh mengekalkan pelayar web yang sedia dipilih sebagai ketetapan asal atau menyenaraikan pelayar web lain. Jadi, kita boleh mencuba ketetapan lain yang tidak disentuh tadi. Misalnya, kita boleh mencipta versi mudah alih BixBookmark menerusi fungsi “Create Portable Version” dalam kategori Program Options.
* Langkah 10: Berdasarkan keterangan ringkas tadi, kita boleh menyimpan mana-mana bookmark yang dirasakan menarik ketika anda melayari internet. Setiap bookmark boleh dimuatkan ke dalam direktori atau folder tertentu, bagi memudahkan anda mengaksesnya semula. Jika kita menyediakan folder yang dikhususkan untuk menyimpan bookmarks “rahsia”, maka ia boleh dilindungi dengan kata laluan. Akhir sekali, kita boleh ‘memindahkan’ BixBookmark ke dalam storan mudah alih.

Keselamatan komputer kita adalah penting. Banyak duit yang diperlukan untuk membelinya dan aksesorinya. Jika hilang, huh mahu nangis dibuatnya. Apatah lagi jika maklumat sulit kita dicerobohi dan dicuri oleh orang yang tidak dikenali...huh mahu tak gila kita memikirkannnya..Kes-kes ceroh data, kehilangan komputer makin berleluasa. Sifat tidak baik ini disujai oleh orang yang tidak bermoral...Beli sendiri tak mahu, mencuri je tahu...Bagi sesiapa yang telah mengikut kesepuluh-kesepuluh langkah diatas, maka dia berada dalam keadaan yang selamat. Hapuskan jenayah mencuri!!!!!

Wednesday, March 5, 2008

Kempunan Hendak Jumpa Nenek

Baru suratkhabar semalam Harian Metro berita tentang budak koyak pipi, hari ini pulak 2 kanak-kanak meninggal dunia. Harian Metro, Rabu, 5 Mac 2008, dua beradik yang mahu ke rumah nenek mereka ditemui lemas dalam tali air, pagi semalam. Muhamad Ikmahakim Mahamud, 10, dikatakan cuba menyelamatkan adik bongsunya, Muhamad Nazrul , 7, yang tergelincir dan terkapai-kapai dalam tali air. Bagaimanapun dia turut terjatuh dan lemas. Kejadian berlaku di Marang. Dua beradik yang dalam perjalanan ke rumah nenek mereka di Kampung Tok Fakir, Merchang ditemui lemas dalam tali air. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Muhammad Ikmahakim Mahamud, 10, dan adiknya Muhamad Nazrul , 7, dipercayai tergelincir ke dalam air itu.

Innalillahhiwainnahirojiun....Hari-hari ada sahaja tentang kes-kes kanak, di manakah tanggungjawab ibu dan bapa???? Walaupun banyak kes dilaporkan, namun ibu dan bapa tidak ada rasa insaf untuk menjaga anak-anak mereka dengan baik...Semoga roh dua beradik iaitu Muhamad Ikmahakim Mahamud, 10, dan adik bongsunya, Muhamad Nazrul , 7, dicucuri rahmat, Al-Fatihah..........

Perkara Wajib kita lakukan


Sebagai seorang pelajar mengulangkaji pelajaran ialah satu aspek yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Jika kita lemah dalam sesuatu subjek kita hendaklah mengulangkaji subjek tersebut, tujuannya adalah untuk mengimbangi kebolehan kita dengan tajuk atau subjek yang sedia baik. Namun begitu, walaupun kita telah sedia baik dalam subjek itu dan rasa sudah ada ‘dalam kepala’ kita juga, kita mesti mengulangkajinya untuk memastikan kita mendapat markah yang cemerlang. Ini kerana ada sesetengah pelajar yang tidak mengulangkaji pelajaran kerana mereka sudah menganggap diri mereka sudah ‘teror’dan akibatnya mereka gagal dalam peperiksaan. Manakala bagi subjek yang kita anggap sukar dan tidak minat, kita juga haruslah mengulangkaji subjek tersebut dengan tujuan untuk membolehkan kita lulus dalam subjek tersebut.

Beberapa kali sesuatu tajuk perlu dibuat ulangkaji tidak dapat ditentukan sebaliknya ia bergantung pada diri kita sendiri. Bagi sesuatu tajuk yang sukar, kita terpaksa membuat ulang kaji berkali-kali. Misalnya mungkin hingga 10 atau 20 kali. Aduh susahnya jadi pelajar kan!!!!!!!

Lelaki Maut digilis Kereta Api

Dalam akhbar Harian Metro bertarikh 4 Mac 2008, Selasa terdapat satu lagi berita yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan semua. Bertempat di Kuantan, seorang lelaki maut digilis kereta api penumpang ketika dipercayai cuba melintas landasan di Kilometer 111.75, Karak, dekat bentong, pagi kelmarin. Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam itu, Yong Shun Fui, 23, dari Machap Umboo, Melaka ditemui dalam keadaan mengerikan selepas pemandu kereta api memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke ladang kelapa sawit berhampiran tempat kejadian. Polis turut menemui sebuah motosikal milik mangsa tersadai di tepi landasan itu sebelum abang mangsa berusia 30-an membuat pengecaman terhadap mayat mangsa.

Kejadian kemalangan digilis kereta api makin meningkat sekarang. Ada yang digilis sebab mencuri rel kereta api, tidur di bawah jambatan tepi landasan kereta api dan kes digilis akibat melintas landasan adalah yang paling banyak. Ini kerana mereka tidak mahu mengikut jalan jauh, mereka sanggup memotong dawai pagar semata-mata mahu megikut jalan pitas walaupun mereka membahayakan diri mereka. Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terpaksa mengalami kerugian dengan membaik pulih pagar yang telah potong namun setelah diperbaiki, mereka masih memotong dawai pagar tersebut. Mereka tidak serik walaupun banyak nyawa yang telah melayang. Bagi saya baik ikut jalan jauh, asalkan selamat, tapi tak tahu la anda bagaimana.......????

Budak Koyak Pipi

Harian Metro semalam, Selasa, 4 mac 2008, muka hadapan suratkhabar mengisahkan seorang budak kanak-kanak, Nurizah Atirah Asmizan, hamir putus telinga, manakala pipi kiri terkoyak sepanjang sentimeter berikutan dirempuh sebuah motosikal ketika asyik bermain di depan rumahnya. Kejadian ini berlaku di Kuala Terengganu. Berikutan kejadian itu, Nurizah Atirah Asmizan dari Felda Chalok Rahmat, Setiu dihantar ke Hospital Setiu. Bapa mangsa, Asmizan Hussin, 34, berkata sebelum kejadian, anak tunggalnya itu brmain bersama sepupunya di halaman rumah manakala dia mencuci kereta kira-kira jam 5.40 petang. Ketika asyik bermain, katanya, tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang ditunggang laju merempuh anaknya menyebabkan tercampak beberapa meter dari tempat kejadian. Katanya lagi, penunggang motosikal yang berusia kira-kira 20 tahun itu hanya cedera ringan apabila terhumban ke dalam parit.

Macam-macam kejadian yang berlaku sekarang ni tau pada kanak-kanak, kemalangan la, kehilangan la, didera, diculik la, Eeee macam-macam, iskh. Kes sharlinie pun belum habis lagi dah datang kes baru, ibu bapa patutnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga anak-anak mereka. Pemuda yang menunggang motosikal tu pun seharusnya menunggang motosikalnya dalam kelajuan yang sangat perlahan. Ini kerana risiko kemalangan di kawasan perumahan adalah sangat tinggi, kerana ramai orang dikawasan tersebut. Iskh lain kali berhati-hati la menunggang moto tu saudara yer, dan kepada bapa Nurizah, lenkali jangan benarkan anak bermain di luar rumah jika kita tiada disisi mereka, suruh je anak-anak bermain dalam pagar rumah, hah baru selamat, tapi kalo benda nak jadi jugak kita tak leh nak halang kan...minta jauhla.......

Tak Kuduga


‘Tak Kuduga’ merupakan sebuah novel terbitan Buku Prima, berharga RM 18.90 sebuah dan hasil nukilan Ramlah Rashid. Novel ini mengisahkan seorang remaja bernama Siti Atilia. Kerana mengikut kata hati, Siti Atilia telah membawa diri ke Kuala Lumpur. Kawannya, Suzana berjanji akan menolong Siti Atilia mendapatkan pekerjaan di kota yang penuh mencabar itu. Pada hari yang dirancang, Siti Atilia telah meninggalkan kampung halamannya. Malangnya sampai di Kuala Lumpur, Suzana tidak muncul. Setelah berjam-jam menunggu akhirnya dia bertemu dengan Nayli. Nayli yang juga seorang ‘ibu ayam’ itu telah bermurah hati dan membawanya ke rumah. Siti Atilia berasa serba salah, takut dan menyesal dengan tindakannya itu. Apakah yang terjadi kepada Siti Atilia? Dapatkah dia melarikan diri dari sarang pelacuran itu? Dan apa pula tindakan Nayli?

Novel hasil nukilan Ramlah Rashid berkisahkan kisah remaja kini. Kebanyakan remaja kini, di bandar mahupun di kampung, semuanya mahu mencari kehidupan sendiri dengan alasan mahu mencari kerja dan kemewahan dan jika dilarang oleh kedua ibu bapa, akibatnya lari dari rumah. Penulis menerbitkan novel ini bertujuan memberi pengajaran dan akibat tentang perbuatan yang tidak direstui oleh ibu bapa. Masalah sosial semakin berleluasa kini, secara tidakmlangsung, penulis, penerbit mahupun pengarah filem menerbitkan buku-buku dan filem-filem bagi memberi pengajaran kepada masyarakat, khususnya para remaja. Contoh filem terbaru yang memberi pengajaran kepada remaja kini ialah 'anak' lakonan Era Fazira. Kerajaan amat mengalakkan dan menyokong usaha-usaha seperti ini. Bagi peminat novel yang ingin mengetahui jalan cerita dan mengetahui pengajaran yang terdapat dalam kisah novel ni, tunggu apa lagi, 'seranglah' kedai buku yang berhampiran.........

Tuesday, March 4, 2008

10 Ciri Lelaki Idamanku

Ingat artis dan personaliti terkenal je yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman mereka,saya pun ada juge....huhu..Pertamanya, lelaki tersebut mestilah romantik kerana lelaki yang mempunyai sifat ini mampu membuatkan saya dilayan seperti permaisuri =) keduanya, lelaki tersebut mestilah bijak bergaya. Menjaga penampilan itu ialah satu kewajipan agar sejuk setiap kali saya pandang padanya,hehe... Ketiganya, lelaki tersebut suka pada kanak-kanak kerana dia biasanya akan bersikap penyanyang dan berjiwa lembut. Keempat, dia hendaklah bijak. Kebijaksanaan itu adalah penting untuk memimpin sebuah keluarga. Kelima, memiliki sikap lucu atau kelakar sepertiku. Dia akan membuatku sentiasa ceria dan ketawa biarpun ketika berduka. Keenam, mempunyai sifat percaya pada diri sendiri. Kepercayaan pada diri sendiri akan mendorongnya sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya. Ketujuh, dia mestilah berpandangan jauh, yakni tidak hanya duduk ditakuk yang sama dan berani untuk menyahut cabaran yang baru. Kelapan, berkerjaya stabil kerana tanpa kerjaya yang stabil hidupku dan dia akan menjadi sukar tambahan lagi kini semua barangan adalah mahal....=( Kesembilan beriman dan bersopan, dia akan dapat membimbingku ke arah kebaikan dan akan menghormati orang tuaku. Kesepuluh, menyanyangiku dan keluargaku.

Dia mestilah menyanyangiku dan keluargaku seperti nyawa sendiri dan menerimaku seadanya..Keluargaku amat penting bagiku..Bagi lelaki malaya yang jejaka dan mempunyai kesepuluh ciri-ciri diatas maka anda bolehla mengisi borang atau berbaris didepan rumahku....hehe =

Monday, March 3, 2008

Cinta Tiga Segi


Masa cuti sem yang lepas, aku pinjam cd cerita korea kawan seblikku, maklum ar cuti 3 bulan mest bosan gile, jadi aku amek kesempatan untuk menonoton cerita bersiri korea ini, cerita ni mempunyai 16 episod, huh kalo tengok satu hari mesti tak abesnya... =p buat sesape yang pernah menonton drama bersiri ini pasti menyukai jalan ceritanya yang penuh dengan komplikasi, cinta dan jenaka. Drama ini dilakonkan oleh pelokon-pelokon terkenal korea iaitu Rain, Song Hye-go dan ramai lagi, dan tajuk dram ini ialah......'Full House'........ Ia mengisahkan mengenai novelis bernama Ji Eun yang kembali ke tanah air setelah sekian lama berada di perantauan namun terkejut mendapati rumah keluarganya dijual kepada seorang pelakon bernama Young Jae. Untuk merebut kembali rumah tersebut, Ji Eun bersetuju menjadi isteri kontrak kepada Young Jae yang kini dilanda gosip mengatakan dia seorang lelaki gay. Ji Eun terpaksa menjadi 'isteri; Young Jae selama enam bulan dan rumah itu akan kembali menjadi haknya. Cinta segi tiga mula wujud apabila Young Jae jatuh hati dengan teman sekecilnya iaitu Hae Won. Tetapi, Hae Won jatuh cinta kepada Min Hyuk. Malangnya, Min Hyuk jatuh hati kepada Ji Eun tetapi Ji Eun mulai jatuh cita dengan Young Jae.

Bagaimanakah akhirnya kisah cinta segi tiga ini??? siapakah yang akan berpasangan dengan siapa??? bagi yang belum menonton drama ini, pinjam,burn,beli,curi,hehe kat kawan-kawan anda....sekali menonton pasti nak tonton lagi, walaupun drama ini dah lame diterbitkan, tapi saya masih tonton drama ini sehingga kini....hehe...Jom tonton!!!!!!

Saturday, March 1, 2008

5 tip diri disenangi

Dulu masa saya tingkatan 4, saya ada menyertai Kem Bina Diri anjuran sekolah saya di Kuala Langat, Selangor. Salah seorang daripada 4 orang penceramah ada berkongsi tip dengan kami supaya diri kita sentiasa disenangi oleh orang sekeliling kita. 5 tip tersebut ialah :1. Memahami mood dengan orang di sekeliling.2. Jangan mengkritik diri sendiri di hadapan orang ramai.3. Beri peluang orang lain bercakap.4. Hindari pendebatan yakni menimbulkan pergolahan.5. Jadilah pendengar yang baik.Perkara-perkara ini penting kerana orang disekeliling kita yang akan menyokong kita serta membantu kita di kala susah dan senang. Andai kita tidak mempunyai hubungan baik dengan orang-orang di sekeliling, maka kita akan berasa sepi dan sunyi. Jadi gunakanlah tip-tip di atas supaya hubungan kita dan orang di sekeliling kita dapat diperbaiki. Insyaallah =)